FaNtAsY KeRoRo....-.-"

"aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu... aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada."

Tuesday, 13 March 2012

Selamanya Kamu Di Hatiku!



Apabila cinta memungkiri niatnya,jadilah siang tiada mentari.Terlihat malam kehilangan purnama.Terasa Syurga kehilangan Bidadari!

Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis buatku kerana aku takut akan menyayangimu. Jangan mengambil berat tentang diriku kerana aku bimbang akan mengasihimu. Jangan terlalu baik padaku kerana aku takut akan merinduimu.Jangan memberikan kenangan atau harapan kerana aku khuatir akan jatuh cinta padamu. Jangan menghargai pertemuan itu kerana aku tidak mahu menderita akan kehilangan dirimu lantaran perpisahan ini.

Tetapi...Bila cinta harus berakhir dengan kesedihan, aku tak pernah menyesal dengan sebuah pertemuan. Kerana orang yang melukakan hatiku, adalah orang yang pernah membuatku bahagia....


2 comments:

Copyright© All Rights Reserved by fantasykeroro.blogspot.com