Assalamualaikum , wahai engkau yg bakal menjadi pendampingku
suatu hari nnt. Entah knapa ketika aku sedang bersendirian tadi,aku amat rindukan bakal pasangan sehidup
semati. Tapi,ntah d mna kamu berada aku x tahu,sbb aku blom pernah mengenali siapa kamu. Anehkan? Pelik pown ada ape yg aku
rasa nie…tapi rindu aku kepada kamu kerana Allah. Ikhlas aku perlu kamu d
sampingku kerana Allah. Betul ke prasaan aku tika ini..?aku sgt x mngerti.
Benar ker orang cakap kita x perlu mencari pasangan kita,kerana suatu hari nnt
pasti Allah pertemukan kamu dgn dia. Kerana kamu adalah tulang rusuknya yg
hilang….
Mungkin sbb tue aku x pernah berasa begitu kecewa jika aku
bertemu dgn lelaki dan kemudian berpisah dgn nya. Sebab bagi aku,aku berpegang
hanya satu prinsip. Kalau dia adalah jodoh aku,sejauh mana pown aku lari dan
menafikannya atau sejauh mna pown dia pergi tggalkan aku suatu hari nnt pasti
ada pertemuan lain untuk menyatukan kami semula. Satu pertemuan belum
cukup,mgkin banyak pertemuan d perlukan. Namun,ntah mengapa hati ini berbisik
yang kamu semakin hampir dengan aku.
Aku sering membina angan. Membina istana indah. Dia sebagai
raja dan aku sebagai ratu. Biarpun istana kami hanya sekadar pondok kecil,namun
aku tahu…dia akan sentiasa d sisi dan mencintaiku selamanya. Aku tak perlu kamu
kerana kekayaan tapi cukuplah apa kamu
seadanya. J
Apa guna ada rumah sebesar banglo,tapi d dalam nya kosong dan hambar tanpa iman dan kasih syg… pada aku mmpunyai kereta kecil atau
besar tidak membawa makna apa2 kerana
aku xperlu semua 2..yg aku tahu aku dapat menemaninya ke mna saja dia pergi.
Itu adalah lebih baik dan bermakna. Namun,aku tahu jarang benar kita dapat apa
yg d angankan. Tapi,aku percaya apa yg kita dpt lebih baik drpd apa yg kita
angankn.
Kepada kamu yg bakal menemani aku
sehingga akhir hayat kamu, dengan bahagia yg kamu beri seluruh hidupmu… aku tak
mengharap kamu setampan Yusuf kerna aku pown bukanlah secantik Zulaika. Aku tak
idam lelaki sehebat Ali,kerna aku tidak setabah Fatimah. Aku tak perlu kamu
menjadi romantik dan berpuitis…tapi cukuplah sekadar kamu menjaga perasaan aku
dari terguris.bukan aku mahu kamu merasa aku menjadi beban dengan semua
itu,tapi hanya berharap kamu mampu hilangkan kedukaan dgn berbuat begitu. Kadang-kadang,kita
terlalu mencari kesempurnaan hingga kita lupa yang kita juga ada kekurangan.Andaikan
suatu hari nnt semua itu dapat kamu
tunaikan, pinang lah aku dgn Bismillah…hanya itu yang aku perlukan.
No comments:
Post a Comment